Ms Seow Lee Ming, Cluster Marketing Manager, Shell Lubricants SEA – South, bergambar bersama poster pertandingan dan Shell Helix Ultra.
Kuala Lumpur, 8 Jun 2011 – Lawatan VIP dengan semua perbelanjaan ditanggung ke Ferrari World di Abu Dhabi bernilai lebih RM15,000 setiap satu menanti empat pemenang bertuah peraduan Shell Helix Ferrari World tahun ini.
Peraduan dua peringkat itu, yang berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2011, dibuka kepada pelanggan yang membeli pek empat liter minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra atau minyak enjin teknologi sintetik Shell Helix HX7 dengan Teknologi Pembersihan Aktif.
Dalam peringkat pertama, pelanggan dikehendaki mengira bilangan pek Shell Helix Ultra yang dipaparkan pada borang penyertaan dan menghantar penyertaan mereka bersama bukti pembelian ke stesen Shell yang terpilih, bengkel sah atau melalui pos. Dalam peringkat kedua, 15 finalis bertuah akan menyertai Cabaran Shell Helix yang menyeronokkan di Berjaya Times Square Theme Park pada 8 Oktober, 2011. Empat pemenang yang bernasib baik kemudian akan memenangi hadiah lawatan sekali seumur hidup ke Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu, pada bulan November 2011.
Sebagai tetamu Shell dan rakan kongsi teknikalnya, Ferrari, keempat-empat pemenang berpeluang untuk melihat sendiri kereta Ferrari F150 yang menggunakan pelincir Shell Helix dan dipandu oleh Fernando Alonso dan Felipe Massa dalam Grand Prix Abu Dhabi memecut mengelilingi Litar Yas Marina Circuit dalam satu-satunya perlumbaan siang ke malam dan acara kedua terakhir dalam kalendar perlumbaan Formula One 2011.
Selain itu, para pemenang bertuah itu juga akan mendapat peluang untuk mencuba salah satu simulator pacuan Formula One dan Gran Turismo semasa lawatan VIP ke Ferrari World. Di sana, mereka juga akan menaiki rollercoaster paling laju di dunia yang akan bergerak dengan kepantasan 240ksj, menyelami enjin V12 dan melawat makmal interaktif tepi litar Shell untuk melihat dari dekat kerja-kerja yang dilakukan oleh jurutera Shell bersama Ferrari di sebalik tabir setiap perlumbaan Formula One. Dengan pelbagai permainan tunggangan, makanan dan pengalaman membeli-belah yang unik, Ferrari World pasti menghidupkan semangat Ferrari dalam diri semua pelawat.
Menurut Cik Seow Lee Ming, Pengurus Pemasaran Kelompok, Shell Lubricants Asia Tenggara -- Selatan, ini adalah tahun kedua berturut-turut Malaysia menganjurkan promosi global Shell Ferrari untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia Shell Helix.
“Tahun lepas, Shell Helix menghadiahi lawatan ke ibu pejabat Ferrari di Maranello, Itali sebagai ganjaran kepada empat pemenang bertuah, dan pada tahun ini empat lagi pelanggan akan memenangi lawatan VIP ke Ferrari World Abu Dhabi. Kami dapat menawarkan pengalaman yang unik dan menjadi kenangan kepada pelanggan kami disebabkan pakatan perkongsian strategik jangka panjang dengan Ferrari. Ini adalah kelebihan yang tidak dapat ditawarkan oleh jenama pelincir lain,” katanya.
Sejak 60 tahun yang lalu, Shell telah berganding bahu dengan Scuderia Ferrari dalam Formula One untuk membangunkan pelincir Shell Helix yang berprestasi tinggi. Sejak dari mula lagi, pakatan perkongsian ini telah memberi kelebihan teknologi dalam perlumbaan apabila kedua-duanya bekerjasama untuk membangunkan produk dan teknologi untuk trek perlumbaan yang kemudian boleh dipindahkan ke jalan raya.
Shell Helix Ultra adalah minyak enjin sintetik penuh Shell bermutu premium, yang dibangunkan untuk enjin petrol moden berprestasi tinggi. Dirumus secara saintifik dengan Teknologi Pembersihan Aktif Shell, ia bekerja dengan lebih keras daripada minyak enjin biasa untuk melindungi enjin dengan membantu mencegah pengumpulan kotoran dan mendapan, membolehkan enjin anda beroperasi dengan potensi penuh hingga pertukaran minyak enjin yang dijadualkan seterusnya.
Shell Helix Ultra membantu mengurangkan bunyi enjin, merapi dan melindungi enjin daripada tekanan berlebihan daripada pemanduan dalam keadaan lalu-lintas zaman moden yang mencabar. Ia adalah satu-satunya minyak enjin yang disyorkan oleh Ferrari.
Shell Helix HX7 adalah minyak enjin teknologi sintetik yang sesuai untuk enjin petrol suntikan bahan api yang dipasang pengubah bermangkin dan cas turbo, dan enjin diesel suntikan terus antara dinginan. Ia dirumus dengan Teknologi Pembersihan Aktif untuk membersih dan melindungi enjin agar dapat memberi tindak balas lebih responsif.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Shell Helix Ferrari World, sila ke laman web www.shell.com.my atau kunjungi stesen Shell atau bengkel sah yang berhampiran.