Monday, May 23, 2011
SUV Range Rover Evoque ke Malaysia
Sebuah model istimewa dari Land Rover iaitu Range Rover Evoque akan datang ke Malaysia tidak lama lagi. Satu kempen pra-pelancaran telah diadakan di Pavilion pada hari ini 23 Mei 2011 oleh Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. Replika model sebenar Evoque itu telah dicipta dalam memperlihatkan ciri garis luaran model yang terpenting buat jenama Land Rover ini. Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara dengan kempen rangka keluli yang dikenali SALAM KUALA LUMPUR HELLOEVOQUE. Ia akan dipamerkan di beberapa lokasi strategik sekitar Lembah Klang dalam meningkatkan kesedaran ramai sebelum model sebenar tiba pada suku tahun keempat 2011 nanti.
Land Rover Malaysia merancang untuk membawa masuk model coupe tiga pintu dan lima pintu dengan pilihan varian enjin petrol 2.0 liter dan enjin turbo diesel 2.2 liter. Harga masih lagi belum ditetapkan tetapi anggaran di sekitar RM300K-RM400K bergantung kepada varian. Tempahan sudah dibuka kepada yang berminat boleh layari www.rangeroverevoque.com.my atau hubungi talian 1-300-1300-16. +AA
+ Replika seni pop ini pertama kali diperlihatkan di Pameran Motor Paris 2010. Kemudian ia telah dipamerkan di bandaraya besar dunia seperti Johannesburg, Moscow, Miami, Muscat, New York, Paris, Sao Paulo, Shanghai dan Sydney sebagai sebahagian kempen global HELLOEVOQUE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment