

PROTON Holdings Berhad telah menyumbangkan sepuluh (10) unit Proton Inspira 1.8 L (manual) kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kegunaan pihak Polis dalam melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan kepada orang awam. Sumbangan tersebut turut memperkenalkan model PROTON tersebut untuk dipandu uji oleh pihak Polis dalam operasi seharian mereka. Ini adalah sebahagian dari usaha kedua-dua pihak untuk menguji prestasi dan kemampuan Proton Inspira serta mendapatkan maklumbalas untuk inisiatif PROTON dan Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, PDRM dalam membangunkan prototaip kereta peronda polis dari model Proton Inspira.
No comments:
Post a Comment