Friday, May 13, 2011

Ulangtahun Mercedes-Benz ke-125 Tahun






Pameran Bernilai RM80 Juta Mercedes-Benz

Perkumpulan klasik terbesar dan eksklusif jenama kenderaan Mercedes-Benz Asia Tenggara dengan anggaran nilai terkini RM80 Juta berlangsung baru-baru ini di Hotel Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur. Bersempena dengan Ulangtahun ke 125 Historic Mercedes-Benz Concours 2011, model-model vintaj jenama ini berkumpul sebagai satu simbolik 125 tahun Mercedes-Benz dalam industri automobil global..

Pelbagai model klasik dari era 1936 seperti Mercedes-Benz 500K Roadster yang kini bernilai 24 juta dan model tahun 1957 Mercedes-Benz 300SL Gull Wing bernilai RM5 juta turut dipamerkan. Malah sebuah model 1938 Mercedes-Benz 320B yang melakukan perjalanan dari Johor turut memeriahkan acara pada hari itu. Model-model tersebut merupakan dari kategori vintaj (Pra 1960). Dua kategori lain ialah klasik (1961-1975) dan moden klasik (1976-1989). Peserta-peserta datang dari Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor dan sejauh Singapura.

Selain pameran diadakan juga pertandingan untuk kereta tercantik setiap kategori. Ia dinilai dari segi penjagaan, keadaan kereta, perincian dan keaslian oleh panel-panel termasuk Pengarah Jualan dan Pemasaran Kereta Klasik Mercedes-Benz Stuttgart, Jerman Encik Frank Reichert. Pemilik yang memenangi setiap kategori menerima hadiah percutian untuk dua orang ke Muzium Mercedes-Benz dan Pusat Kereta Klasik di Jerman.

+AA

No comments:

Post a Comment