Tuesday, May 31, 2011

Kereta Peronda Polis- Proton INSPIRA



PROTON Holdings Berhad telah menyumbangkan sepuluh (10) unit Proton Inspira 1.8 L (manual) kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kegunaan pihak Polis dalam melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan kepada orang awam. Sumbangan tersebut turut memperkenalkan model PROTON tersebut untuk dipandu uji oleh pihak Polis dalam operasi seharian mereka. Ini adalah sebahagian dari usaha kedua-dua pihak untuk menguji prestasi dan kemampuan Proton Inspira serta mendapatkan maklumbalas untuk inisiatif PROTON dan Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, PDRM dalam membangunkan prototaip kereta peronda polis dari model Proton Inspira.

PESONA & SAGA FL PENAMBAHBAIKAN




Nissan Navara 4x4 King Cab




Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengumumkan ketibaan Nissan Navara King Cab 4X4 Edisi Terhad. Gaya badan sebegini merupakan yang pertama dalam segmen trak pikap di Malaysia. Ia bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan ruang penyimpanan di dalam kabin dan kargo belakang.



Nissan Navara King Cab boleh didapati dalam empat warna iaitu perak, kelabu, putih dan hitam.

Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia bermula dari RM 82,800.00. Nissan Navara King Cab 6 M/T 4X4 hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (yang mana tiba dahulu). Maklumat lanjut, sila hubungi Toll FREE line: 1800-88-8368 atau layari laman web www.nissan.com.my

Sesi pandu uji boleh dibuat di bilik pameran Nissan berhampiran anda!

Monday, May 23, 2011

SUV Range Rover Evoque ke Malaysia

Rangka keluli unik replika model dan saiz sebenar Evoque

Range Rover Evoque Coupe

Range Rover Evoque 5 pintu


Pengarah Urusan Land Rover Malaysia, Mohd. Hazem Abd Rahman (Kanan) pada majlis pelancaran


Sebuah model istimewa dari Land Rover iaitu Range Rover Evoque akan datang ke Malaysia tidak lama lagi. Satu kempen pra-pelancaran telah diadakan di Pavilion pada hari ini 23 Mei 2011 oleh Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. Replika model sebenar Evoque itu telah dicipta dalam memperlihatkan ciri garis luaran model yang terpenting buat jenama Land Rover ini. Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara dengan kempen rangka keluli yang dikenali SALAM KUALA LUMPUR HELLOEVOQUE. Ia akan dipamerkan di beberapa lokasi strategik sekitar Lembah Klang dalam meningkatkan kesedaran ramai sebelum model sebenar tiba pada suku tahun keempat 2011 nanti.

Land Rover Malaysia merancang untuk membawa masuk model coupe tiga pintu dan lima pintu dengan pilihan varian enjin petrol 2.0 liter dan enjin turbo diesel 2.2 liter. Harga masih lagi belum ditetapkan tetapi anggaran di sekitar RM300K-RM400K bergantung kepada varian. Tempahan sudah dibuka kepada yang berminat boleh layari www.rangeroverevoque.com.my atau hubungi talian 1-300-1300-16. +AA

+ Replika seni pop ini pertama kali diperlihatkan di Pameran Motor Paris 2010. Kemudian ia telah dipamerkan di bandaraya besar dunia seperti Johannesburg, Moscow, Miami, Muscat, New York, Paris, Sao Paulo, Shanghai dan Sydney sebagai sebahagian kempen global HELLOEVOQUE

Sunday, May 15, 2011

Shah Alam-Sri Iskandar-Shah Alam via MINI Cooper S




Travelog Dari Shah Alam-Sri Iskandar via MINI Coopeer S

Sebelum ini penulis pernah memandu uji MINI Cooper dan MINI Cooper S Clubman. Tetapi sekadar perjalanan sekitar Lembah Klang dan paling jauh ke Genting Highland sahaja. Peluang memandu uji MINI Cooper S kali ini mahu digunakan untuk ke Majlis Konvokesyen ke 74 UiTM di Sri Iskandar, Perak. Satu perjalanan yang agak jauh (lebih 200km) dalam mengenali praktikaliti MINI Cooper S ini dalam salah satu acara penting seorang saudara rapat ini.

Berkuasa 1.6 liter, memandu MINI Cooper memberikan anda pemanduan berciri Go-Kart. Terutama membelah selekoh kereta ini 'melekat' dengan baik sekali. (bersambung...)

- MINI Cooper & Cooper S Baru telah dilancarkan di Malaysia pada 2007.
- Pada 2008, model MINI Cooper Clubman pula telah dilancarkan di Malaysia
- Pada tahun 2010, ia telah diberi sedikit sentuhan baru pada beberapa bahagian MINI seperti model yang dipandu uji ini.
- Pada 2011, model 4 pintu MINI Countryman memasuki pasaran tempatan

Friday, May 13, 2011

VOLV0 S60 -Nakal & Paling Selamat


Volvo paling‘nakal’ dan model paling dinamik setakat ini telah muncul dan rakyat Malaysia kini bersedia untuk pemanduan paling hebat apabila mereka memandu S60 yang serba baru, serba menawan dan sememangnya penuh berkuasa.


Boleh didapati dalam 2 varian import sepenuhnya, 3.0 T6 AWD (all-wheel drive) dan 2.0 T5, S60 baru merupakan kereta keluaran Volvo yang paling ‘sporty’ dan paling selamat setakat ini Ia menjanjikan prestasi pemanduan yang lebih ‘nakal’ daripada model-model sebelumnya. Model baru yang anggun menawan ini dijangka akan membawa satu generasi baru yang bakal merubah masa depan jenama dari Sweden.


Volvo S60 T5 dan T6 boleh didapati dalam dua warna baru, Vibrant Copper dan Flamenco Red di pasaran Malaysia. Model T6 berharga RM348,000 manakala T5 dijual pada harga RM288,000 (harga atas jalan, tanpa insurans)

Ulangtahun Mercedes-Benz ke-125 Tahun






Pameran Bernilai RM80 Juta Mercedes-Benz

Perkumpulan klasik terbesar dan eksklusif jenama kenderaan Mercedes-Benz Asia Tenggara dengan anggaran nilai terkini RM80 Juta berlangsung baru-baru ini di Hotel Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur. Bersempena dengan Ulangtahun ke 125 Historic Mercedes-Benz Concours 2011, model-model vintaj jenama ini berkumpul sebagai satu simbolik 125 tahun Mercedes-Benz dalam industri automobil global..

Pelbagai model klasik dari era 1936 seperti Mercedes-Benz 500K Roadster yang kini bernilai 24 juta dan model tahun 1957 Mercedes-Benz 300SL Gull Wing bernilai RM5 juta turut dipamerkan. Malah sebuah model 1938 Mercedes-Benz 320B yang melakukan perjalanan dari Johor turut memeriahkan acara pada hari itu. Model-model tersebut merupakan dari kategori vintaj (Pra 1960). Dua kategori lain ialah klasik (1961-1975) dan moden klasik (1976-1989). Peserta-peserta datang dari Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor dan sejauh Singapura.

Selain pameran diadakan juga pertandingan untuk kereta tercantik setiap kategori. Ia dinilai dari segi penjagaan, keadaan kereta, perincian dan keaslian oleh panel-panel termasuk Pengarah Jualan dan Pemasaran Kereta Klasik Mercedes-Benz Stuttgart, Jerman Encik Frank Reichert. Pemilik yang memenangi setiap kategori menerima hadiah percutian untuk dua orang ke Muzium Mercedes-Benz dan Pusat Kereta Klasik di Jerman.

+AA

Wednesday, May 11, 2011

KEMPEN ‘BETTER, UNDOUBTEDLY’-PROTON PERSONA




Sebagai salah satu peranan dalam meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia, Persona sebagai model sedan jualan tertinggi PROTON, melalui Proton EDAR Sdn Bhd. melancarkan kempen 'Persona - Better, Undoubtedly'. Ia membabitkan 3 personaliti radio popular iaitu DJ Lin dari Suria FM, Aanantha dari THR Raaga dan Duta Persona, Jack Lim dari MY FM. Kempen selama 5 bulan ini akan memababitkan beberapa golongan rakyat Malaysia dalam meningkatkan keyakinan mereka.

Menurut Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Proton Edar iaitu Encik Abdul Sidik Abdul Hamid, pengalaman dalam memasarkan model Persona itu sendiri sejak 2007, ia telah melalui pelbagai cabaran untuk muncul sebagai sedan pilihan ramai rakyat Malaysia. Kereta ini bukan sahaja menawarkan harga yang kompetetif tetapi kualiti di sebalik pemanduan yang memberikan pengalaman serta keyakinan dalam mengharungi kehidupan seharian. +AA

+ Sebagai Duta Persona dan Kempen 'Better, Undoubtedly' ketiga-tiga Dj akan menganjurkan program kemasyarakatan masing-masing. DJ Jack Lim akan menyedikan cabaran khas untuk tiga peserta yang mempunyai tahap keyakinan yang rendah, DJ Lin akan menjalankan bengkel motivasi untuk ibu tunggal dan DJ Aanantha akan mengadakan kelas seni persembahan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini sila lawati: www.protonpersona.com.my.

OSRAM Night Breaker Plus


Menurut Institut Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS), lebih 80% kemalangan jalanraya membabibtkan kereta dan motosikal. Pelbagai langkah dan kempen telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk NGO untuk mengurangkan kejadian ini. Peratusan yang tinggi kebanyakan kemalangan berlaku adalah pada sebelah malam selain keadaan permukaan jalan yang teruk. Untuk itu, OSRAM peneraju global dalam penghasilan lampu kenderaan memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Night Breaker Plus. Ia lebih terang dan tahan lebih lama untuk meningkatkan keselamatan dan pemanduan yang baik.

+ Dalam ujian yang dilakukan OSRAM, Lampu halogen Night BReaker Plus bersinar 90% lebih cahaya di jalanan dan lebih 35 meter jauh dari model konvensyional yang lain.

+OSRAM Night Breaker Plus boleh digunakan pada semua kereta dengan rangakaian model lampu jenis H1, H3, H4, H7 dan H11 selain HB3 dan HB4. Ia sesuai untuk semua jenis sistem tapak lampu halogen yang sering digunakan sebelum ini.

Harga Setiap Model:

1. 64150 NBP (H1) - MYR 149.00

2. 64193 NBP (H4) - MYR 169.00

3. 64210 NBP (H7) - MYR 199.00

4. 64151 NBP (H3) - MYR 149.00

5. 64211 NBP (H11) - MYR 299.00


Tuesday, May 10, 2011

Pusat 3S Volkswagen

Pembukaan Rasmi Volkswagen Jalan Ipoh oleh Amcorp Auto

(Dari Kiri) Mr Belee Chung, Ketua Pegawai Eksekutif Amcorp Auto Sdn Bhd, Mr. Andreas Prinz, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Pengerusi Amcorp Group Bhd

Amcorp Auto Sdn. Bhd merupakan sebuah anak syarikat Kumpuan Amcorp Berhad telah membuka pusat 3S Volkswagen mereka yang pertama di Jalan Ipoh. Ia juga merupakan langkah awal dalam melibatkan diri ke pasaran industri jualan automobil di Malaysia. Dalam perjanjian pengedaran di antara Kumpulan Volkswagen Malaysia (VGM), Amcorp Auto Sdn. Bhd. akan menjual rangkaian model terkini Volkswagen selain memberi khidmat servis dan baikpulih semua jenis model Volkswagen.

Pusat 3s Volkswagen ini akan memberikan pengalaman membeli dalam suasana ruang yang direka khas berhawa dingin untuk pembeli mengetahui secara teknikal model Volkswagen yang baru sebelum dibawa pulang. Selain itu ruang (lounge) yang selesa dengan kemudahan minuman ringan dan wi-fi percuma untuk pelanggan menunggu ketika berurusan di sana. +AA

Ruang pameran berkeluasan 5000 kps untuk model terbaru Volkswagen dipamerkan



Terletak di No. 546, Batu 3 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut tentang Ruang Pameran dan Amcorp Auto (03 6259 6669).

Info:
+ Kumpulan Volkswagen Malaysia (VGM) telah berjaya menjual sebanyak 1099 unit untuk suku tahun pertama 2011.

Honda Jazz Premium




Honda Malaysia melancarkan versi penambahbaikan model Honda Jazz dengan beberapa perincian yang menarik. Antaranya lebih sporty, ciri keselamatan ditingkatkan dan warna baru yang menyerlah. Kuasa enjin 1.5 liter dengan 5 kelajuan automatic (5AT) memberikan pemanduan sempurna, prestasi dan penjimatan bahanapi.

Warna baru Honda Jazz ialah Brilliant Orange Metallic, Polished Metal Metallic, Crystal Black Pearl dan Brilliant White Pearl.

Lawatilah ke Pusat Pameran Honda untuk pandu-uji model ini. Atau untuk maklumat lanjut hubungi 1-800-88-2020 atau www.honda.com.my

Nissan X-Trail Serba Baru


[Laporan pandu uji akan muncul tidak lama lagi...]

- Model CBU ini diimport dari Indonesia
- X-Trail 2.0 liter sahaja yang terdapat di pasaran tempatan kini di mana varian 2.5 liter sudah tidak dikeluarkan lagi.
- X-Trail Baru ini dilancarkan di Malaysia suku pada tahun ketiga 2010 dengan rekaan yang telah ditambahbaik.


BMW 535i - Keselesaan Optimum





Penuh kelembutan, selesa namun berprestasi itulah antara yang dapat dikatakan akan model BMW 5 Siri terbaru ini. Generasi ke-6 (F10) dengan dua varian iaitu 523i dan 535i, ia dibawa masuk oleh Kumpulan BMW Malaysia dalam segmen sedan premium untuk lebih pilihan buat pembeli. BMW 5 Siri ini juga sebagai penanda aras tertinggi dalam kategorinya dengan ciri terhebat teknologi enjin sejak berzaman dari negara Jerman yang memang diakui terbaik dalam industri pemotoran global.


Spesifikasi

Model: BMW 535i

Kapasiti: 2,979 cc

Kuasa: 225kW/58000 rpm

Tork:400Nm/1200-5000 rpm

Transmisi: 8 Kelajuan Automatik-Sport Steptronic

Kelajuan Maksima: 250km/j

Harga: RM598,800.00 (Atas jalan tanpa insurans)

MINI Countryman Serba Baru di Malaysia





Model 4 pintu pertama dari MINI telah dilancarkan oleh BMW Malaysia pada suku tahun pertama yang lalu. Model 4 meter lebih panjang dari model MINI yang lain serta 4WD tetap mengekalkan ciri pemanduan go-kart yang bercirikan premium. Enjin 1.6 liter ini boleh memuatkan 5 penumpang mampu mencecah 0 hingga 100 kmj dalam 8.3 saat.

Harga pasaran (atas jalan bagi pendaftaran persendirian, tanpa insurans, dengan pakej servis MINI Tender Loving Care) bagi MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman serba baru adalah seperti berikut: -

MINI Cooper Countryman - RM 248, 888

MINI Cooper S Countryman - RM 285, 888

Monday, May 9, 2011

Volvo XC60 T5 CKD


Model Crossover hebat dari Volvo iaitu XC60 kini semakin mengujakan dengan pelancaran model terbaru XC60 T5 Powershift pada Mei 2011. Bukan sahaja menakjubkan dari segi rekaan dan prestasi enjin, XC60 juga mempunyai ciri keselamatan yang paling unggul di dunia dengan sistem Pengesan Pejalan kaki, Amaran Pelanggaran dengan Sistem Brek Penuh, Kawalan Adaptive Cruise dengan Queue Assist dan sistem info-hiburan dengan skrin 7 inci berwarna. Harga untuk XC60 T5 Powershift ialah RM289,950 (OTR, tanpa insurans). Untuk melihat dengan lebih dekat lagi model ini boleh lawati Pusat Pameran Volvo yang berdekatan:

- Pusat Pameran Swedish Marque's di Kuala Lumpur: 1800-88 2222 / 03-9236 2822.

- Pusat Pameran Federal Auto di Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Ipoh, Melaka dan Johor Bharu. 03-2274 9300.

- Di Sabah, pusat pameran Volvo terletak di Volvo Gallery, G-900, Ground Floor, Auto Gallery, Wisma Angkatan Hebat, 1 Borneo, Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu. 088 485 544;

Untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang: www.volvocars.com.my


+ Model CKD ini dipasang di kilang pemasangan Volvo di Shah Alam, Selangor.